SELAMAT DATANG KE BLOG MAKMAL KOMPUTER SEMESCO

Monday, October 5, 2009

KELAS MATEMATIK

Pelajar tingkatan 2Dedikasi sedang menggunakan perisian MS Excel untuk membina carta bar dan graf garis untuk topik statistik.



No comments:

AKTIVITI JULAI 2011

Pertandingan multimedia sempena "SEKOLAHKU SAYANG"

AKTIVITI BULAN JUN 2011

1. Installasi Visual Basic 6.0
2. Mengaktifkan server 2003
3. Keceriaan dan kebersihan makmal
4. Memastikan bekalan arus letrik tidak tergendala setelah fuse utama sering terbakar.
5. Menghadiri kursus Moodle di SMK Ampang Pecah (Penyelaras Makmal)
6. Menghadiri mesyuarat pengurusan peralatan ICT sekolah (Penyelaras Makmal)
7. Menyediakan perkhidmatan internet untuk pelajar semasa musim cuti sekolah
8. Penyelenggaraan Peralatan ICT (Laptop dan Projektor)


AKTIVITI MAKMAL FEBRUARI 2011

1. Menentukan Jadual Waktu penggunaan makmal
2. Memastikan kebersihan dan keceriaan makmal ditahap maksimum
3. Menganjurkan mesyuarat ICT dan ICTL Daerah
4. Mengendalikan "Preventive Maintanance" untuk peralatan PPSMI "Fasa 6"
5. Memastikan capaian internet ditahap maksimum (4Mbps)
6. Menandatangani sijil penerimaan sambungan internet dengan TM Bhd untuk pakej RM 588.00 sebulan
7. Melatih pelajar ICT untuk mengambil gambar aktiviti sekolah

PROGRAM BULAN OKTOBER 2010

1. Kemaskini KEW PA 3, KEW PA 11 untuk pemantauan oleh PPD Hulu Selangor pada 11.10.2010
2. Program Lepas PMR - Kursus Pendedahan Aplikasi Photoshop v5.2
3. Mengemukakan Kertas Cadangan Baikpulih Penyaman Udara.
4. Membetul dan menyusun semula pendawaian letrik pada kotak suis utama

PROGRAM BULAN OGOS 2010

1. Pertandingan Multimedia Sempena Bulan Kemerdekaan - Tokoh Kemerdekaan - Pelajar ICTL

2. Membaik pulih Suis Utama Makmal Komputer

3. Menukar dan menanam kepingan tembaga untuk penebatan semasa kilat

4. Penyelenggaraan Peralatan ICT Makmal

PROGRAM BULAN APRIL 2010

1. Mengagihkan 15buah komputer HP sumbangan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia kepada Pengetua, GPK dan GPMP dan Perpustakaan

2. Keceriaan Makmal Komputer 1 dan 2

3. Menyemak Inventori dan Harta Modal

PROGRAM BULAN JANUARI 2010

1. Mewujudkan Inventori dan Harta Modal peralatan baru Makmal Komputer 1 dan 2.
2. Memastikan semua Bilik Pentadbir dapat akses ke internet
3. Memastikan Bilik Pusat Akses Sekolah dapat kemudahan aksess ke internet
4. Memastikan Penyelaras PSS dapat kemudahan aksess ke internet
5. Memastikan Bilik Guru, Bilik GKMP, Bilik Guru Disiplin dapat akses ke internet
6. Membuat konfigurasi laptop PPSMI, laptop persendirian untuk kemudahan akses internet serta memastikan mereka menerima Kabel UTP

MESYUARAT ICT DAN ICTL DAERAH KALI PERTAMA

Mesyuarat telah berlangsung pada 13/1/2010 di Makmal Komputer 2 dari jam 2.00ptg - 4.50ptg. Mesyuarat dihadiri oleh 5orang guru matapelajaran ICT dan 17orang guru Program ICTL serta KUTV Hulu Selangor - En. Jamaludin. Puan Pengetua telah sudi membiayai jamuan minum petang setelah tamat mesyuarat. Terima kasih di atas keprihatinan dan sumbangan beliau terhadap subjek ini. SMK. Ampang Pecah merupakan sekolah baru, pelaksana MP ICT pada 2010.

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN DI MAKMAL KOMPUTER PADA 2009

1. Kursus EDUWEB TV kepada guru-guru sesi pagi.
2. Kursus EDUWEB TV kepada guru-guru sesi petang.
3. Mesyuarat sekolah pelaksana ICT Daerah Hulu Selangor.
4. Aktiviti Kelab ICT sesi pagi dan petang.
5. Keceriaan makmal.
6. Mengemaskini Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS).
7. Penyelenggaraan Komputer.
8. Mengemaskini dan mengurus Blog Makmal Komputer.
9. Mengemaskini stok dan inventori peralatan dan perkakasan Makmal Komputer 1 & 2.
10. Mengendalikan Bengkel Pembinaan dan Pengurusan Blog.
11. Kursus Pengajaran berkesan GKMP TV - 20/6/09
12. Kursus SAP kepada guru-guru sesi petang - 25/6/09
13. Kursus SAP kepada guru-guru sesi pagi - 29/6/09
14. Memohon pelupusan peralatan ICT Makmal
15. Menerima, memasang dan menguji lari peralatan ICT Makmal

PROGRAM BULAN JUN 2009

1. Menceriakan Makmal Komputer 1 dan 2.
2. Membuat penyelenggaraan Komputer.
3. Melaksanakan dan meneruskan aktiviti Kelab ICT.
4. Membantu pihak pentadbir melaksanakan LADAP.

PROGRAM BULAN JULAI 2009

1. Memantapkan lagi program Cyberkids.
2. Memastikan pelajar melengkapkan Kerja Kursus ICT (Tingkatan 5).
3. Membantu pelajar yang tidak berkempuan mencetak kerja kursus Sejarah, Pendidikan Seni dan Sivik serta Geografi.
4. Bantuan teknikal untuk komputer yang bermasalah oleh FT17 kepada Pusat Aksess, Komputer Bilik KDP, Komputer Makmal serta Komputer Bilik Data.

PROGRAM BULAN OKTOBER 2009

1. Menjalankan kerja-kerja pengosongan makmal untuk penerimaan peralatan ICT yang baru.
2. Membuat permohonan pelupusan Aset Alih Kerajaan untuk makmal komputer 1 dan Makmal Komputer 2.
3. Pemeriksaan pelupusan oleh Pegawai Pelupus Aset Alih Kerajaan pada 15/10/2009 (Jumaat)
4. Menjalankan kerja-kerja keceriaan makmal.
5. Menerima dan memulangkan peralatan PPSMI.

PROGRAM BULAN NOVEMBER 2009

1. Persiapan untuk menyimpan peralatan PPSMI.
2. Menyenaraikan peralatan yang perlu diselenggara dan membuat sebut harga bagi penambahan akses point di Bilik PAK dan Bilik Pengetua.
3. Membantu KUB Sdn Bhd. membuat penyelenggaraan peralatan PPSMI fasa 5.
4. Persediaan untuk menerima peralatan baru makmal komputer.

JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER 1 DAN 2 - 2009

Kepada semua guru SMKSC, pihak pengurusan makmal sedang menyusun jadual waktu untuk penggunaan makmal komputer.

Guru-guru boleh berjumpa En. Sukor (sesi pagi), En. Musalli (sesi petang) bagi menentukan waktu dan hari untuk menggunakan makmal secara tetap sepanjang tahun 2009.


ANUGERAH KHAS PENGURUSAN MAKMAL 2007

Alhamdulillah, Makmal Komputer SMKSC telah menerima Anugerah Khas Pengurusan Makmal dari JPN dan PPD Hulu Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor di Akademik Bomba Kuala Kubu Bharu. Tahniah kepada Puan Hjh Habshah, selaku Pengetua, kerana telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada semua AJK Makmal untuk mengurus dengan cara terbaik. Anugerah yang sama pernah diterima pada tahun 2005.

Di samping itu, SMKSC juga telah menerima Anugerah Khas kerana telah mengekalkan Kecemerlangan Pencapaian Keputusan SPM dan STPM. Tahniah juga kepada GPK Akademik Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin di atas Anugerah Khas tersebut.

KURSUS INTERNET DAN EMAIL

Seramai 16 orang guru sesi petang, telah menghadiri kursus Internet dan email yang dianjurkan oleh pihak Makmal dengan kerjasama Maxis. Kursus yang bermula jam 10.30pagi berakhir pada jam 12.30tengahari. Guru-guru telah didedahkan mengenai cara membuka email menggunakan yahoo dan menghantar serta membuka "inbox" masing-masing.

Pada sebelah paginya (8.00-10.00pagi) seramai 20 orang pelajar tingkatan 6 Rendah telah mengikuti kursus yang sama. Terima kasih kepada pihak Maxis kerana telah membekalkan laptop dan menghantar dua orang penceramah.